Riveria Maya

Kehidupan berkualiti di persekitaran sungai yang tenang

Status Projek: SEDANG DIBINA, Dijangka Siap: Penghujung 2021

Riveria Maya adalah projek keempat Petra Jaya Properties Sdn Bhd di kawasan Pasir Pandak berikutan kejayaan besar di Taman Sri Permai 1 & 2 dan Taman Sri Maya. Terletak di tebing Sungai Nibong yang tenang, Riveria Maya menggambarkan kehidupan yang sihat dengan suasana sungai yang tenang. Terdiri daripada 58 unit rumah berkembar satu tingkat dan 2 unit rumah banglo satu tingkat, Riveria Maya amat sesuai untuk pemilik rumah yang menghargai ketenangan, ruang terbuka yang luas dan kemodenan reka bentuk. Terletak di kawasan yang berukuran 8 ekar, pembangunan yang berkepadatan rendah ini menawarkan kualiti hidup yang lebih baik dari kehidupan di bandar yang sesak. Lokasi yang sedang berkembang pesat ini telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan mudah di akses dengan pelbagai rangkaian jalan raya bagi memastikan pemilik rumah Riveria Maya dapat menikmati kehidupan terbaik dari kedua-dua aspek - gaya hidup dan pelaburan.

Persekitaran sungai yang tenang
Lokasi yang berkembang pesat, berdekatan dengan pelbagai kemudahan asas
Ruang terbuka yang luas, rekaan yang moden & berkepadatan rendah
Jenis
Rumah Berkembar Satu Tingkat & Rumah Banglo Satu Tingkat
Size
1,258 – 1,295 kaki persegi
Hak Milik Tanah
60 tahun
Bilik Tidur
3
Bilik Air
2
Parkir
2
Julat Harga
RM 484,000 - 698,000

Ciri-ciri istimewa kediaman ini menjangkaui norma - tingkap aluminium yang tahan lasak untuk keselamatan, pintu geser automatik, ruang stor dalaman, lantai kayu vinil yang tahan lasak, dapur basah dan kering yang berasingan, kawasan tanah lapang di sekitar rumah adalah antara ciri-ciri permulaan dari apa yang boleh dilihat. Di bawah kediaman yang kukuh ini telah dibina dengan acuan slab konkrit (“pre-cast concrete slabs”) yang mesra alam dan dilengkapi dengan serambi dan parkir kereta yang disokong oleh struktur yang digantung.

Kawasan terbuka yang luas telah ditanam dengan pohon-pohon dari awal pembinaan projek untuk memastikan Kawasan lanskap yang sudah siap akan menyambut para pemilik rumah baharu ketika mereka berpindah masuk. Terdapat laluan pejalan kaki yang melintasi pokok-pokok ke kawasan senaman yang teduh. “Buffer” yang menghijau sepanjang 6 meter telah dibuat di sepanjang jalan utama untuk menjaminkan lebih privasi serta menjadi kemudahan tambahan kepada penduduk.

Riveria Maya mewujudkan elemen yang paling penting bagi pemilik rumah yang beraspirasi tinggi - ruang terbuka yang luas, persekitaran yang sihat, alam kehijauan dan ketenangan - semuanya lengkap dengan spesifikasi tinggi yang tidak diragui malahan merupakan pelaburan yang unggul.

PELAN LANTAI

PELAN TAPAK

PELAN LOKALITI

DAFTAR MINAT ANDA





    HUBUNGI PIHAK KAMI

    Hotline
    082 288 860
    WhatsApp
    +6012 322 8860
    Alamat Galeri PJP

    Petra Jaya Properties Sdn Bhd
    Tingkat Bawah, No. 35, Lot 102,
    Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce,
    93200 Kuching, Sarawak, Malaysia